Isnin, 20 April 2015

Hadis :MAKANAN YANG BAIK

Makanan Yang Baik



عن أبي هريرة رصي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ان الله تعالى طيب لا يقبل الا طيبا وان الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين فقال تعالى: يأيها الرسل كلوا من الطيبات واعملوا صالحا وقال تعالى: يأيها الذين امنوا كلوا من طيبات ما رزقناكم. ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه الى السماء: يا رب يا رب ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذى بالحرام فأنى يستجاب له – رواه مسلم

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkannya kepada sekelian rasul, maka Allah telah berfirman, ‘wahai para rasul, makanlah daripada yang baik-baik dan beramallan akan yang baik.’ Dan dia berfirman: ‘makanlah daripada segala yang baik-baik yang Kami telah rezekikan kepada kamu. Ada seorang lelaki yang jauh perjalanan, kusut masai, berdebu, menadahkan kedua belah tangannya kelangit. ‘Wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, dan dahulunya ia telah disuapkan dengan haram, maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya itu?

1.         Umat Islam wajib prihatin dan memastikan makanan, minuman atau pakaian 
            yang dipilih halal dan menepati kehendak syarak.

2.         Ciri-ciri makanan dan minuman yang halal:

(a)    dari jenis yang dihalalkan menurut syarak;
(b)   sumber perolehan dari hasil yang halal;
(c)    tidak memudaratkan tubuh badan.

3.         Ciri-ciri pakaian yang menepati kehendak syarak:

(a)    menutup aurat;
(b)   tidak ketat dan jarang;
(c)    tidak menyerupai upacara agama lain;
(d)   tidak berlawanan jantina.

4.         Hubungan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadat:

(a)    asas kepada sahnya ibadat yang dilakukan.
(b)   Berkaitan dengan doa sama ada diterima atau ditolak.


5.         Hikmat menjauhi makanan, minuman dan pakaian yang haram:

(a)    dapat memelihara kewarasan akal fikiran;
(b)   dapat menjaga maruah orang Islam;
(c)    menjauhkan diri daripada seksaan api neraka.

6.         Pengajaran hadis:

(a)    Umat Islam wajib menghindari makanan dan minuman yang haram;
(b)   Allah tidak menerima doa hamba-Nya yang mengambil makanan dan minuman yang haram.
(c)    Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan sopan