Isnin, 20 April 2015

Hadis :MAKANAN YANG BAIK

Makanan Yang Baik



عن أبي هريرة رصي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ان الله تعالى طيب لا يقبل الا طيبا وان الله أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين فقال تعالى: يأيها الرسل كلوا من الطيبات واعملوا صالحا وقال تعالى: يأيها الذين امنوا كلوا من طيبات ما رزقناكم. ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه الى السماء: يا رب يا رب ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذى بالحرام فأنى يستجاب له – رواه مسلم

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkannya kepada sekelian rasul, maka Allah telah berfirman, ‘wahai para rasul, makanlah daripada yang baik-baik dan beramallan akan yang baik.’ Dan dia berfirman: ‘makanlah daripada segala yang baik-baik yang Kami telah rezekikan kepada kamu. Ada seorang lelaki yang jauh perjalanan, kusut masai, berdebu, menadahkan kedua belah tangannya kelangit. ‘Wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, dan dahulunya ia telah disuapkan dengan haram, maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya itu?

1.         Umat Islam wajib prihatin dan memastikan makanan, minuman atau pakaian 
            yang dipilih halal dan menepati kehendak syarak.

2.         Ciri-ciri makanan dan minuman yang halal:

(a)    dari jenis yang dihalalkan menurut syarak;
(b)   sumber perolehan dari hasil yang halal;
(c)    tidak memudaratkan tubuh badan.

3.         Ciri-ciri pakaian yang menepati kehendak syarak:

(a)    menutup aurat;
(b)   tidak ketat dan jarang;
(c)    tidak menyerupai upacara agama lain;
(d)   tidak berlawanan jantina.

4.         Hubungan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadat:

(a)    asas kepada sahnya ibadat yang dilakukan.
(b)   Berkaitan dengan doa sama ada diterima atau ditolak.


5.         Hikmat menjauhi makanan, minuman dan pakaian yang haram:

(a)    dapat memelihara kewarasan akal fikiran;
(b)   dapat menjaga maruah orang Islam;
(c)    menjauhkan diri daripada seksaan api neraka.

6.         Pengajaran hadis:

(a)    Umat Islam wajib menghindari makanan dan minuman yang haram;
(b)   Allah tidak menerima doa hamba-Nya yang mengambil makanan dan minuman yang haram.
(c)    Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan sopan

Rabu, 19 Februari 2014

VIDEO PdP (KERAJAAN BANI ABBASIYAH)


SIRAH: PERKEMBANGAN SAINS & TEKNOLOGI PADA ZAMAN BANI ABBASIYAH

BAB 3 PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH
 
 
 
 
 
1. Latar belakang Perkembangan
a. Pada zaman ini ramai cendekiawan dan saintis muslim muncul
b. Andalus dan Kota Sicily di Itali menjadi pusat tumpuan ilmuan.
c. Penguasaan sains dan teknologi berjaya dirampas daripada kuasa Rom, Parsi dan Yunani.
d. Penemuan-penemuan sains yang baru banyak diterokai.

2. Faktor Perkembangan Sains dan Teknologi
Faktor
Huraian
1. Aktiviti penterjemahan

v Aktiviti ini sangat giat dan terancang, dengan penubuhan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan negara.
v Antara tokoh : Yuhana b Masawaih dan Hunain b Ishak
2. Galakkan khalifah

1. Usaha khalifah untuk memajukan bidang sains dan teknologi:
1. Mengadakan seminar perubatan yang dihadiri oleh pakar perubatan dunia
2. Menyediakan peruntukan yang banyak untuk penyelidikan sains dan teknologi
3. membina pusat penyelidikan sains. Contohnya :
- al-Makmun membina balai cerap
- al-Muktasim membina makmal pembedahan yang pertama
2. Antara bukti kecintaan Khalifah terhadap ilmu:
1. Mereka pernah menerima kitab-kitab sebagai tebusan terhadap tentera Rom yang ditawan
2. Mereka juga menerima pembayaran jizyah dalam bentuk kitab
3. Globalisasi
ilmu

3. Perdagangan dan pembukaan wilayah baru membuka ruang yang luas untuk perkembangan ilmu
4. Sicily dan Andalus muncul sebagai pusat pengembangan ilmu
5. Di Andalus sahaja terdapat 700 buah masjid, 1 universiti, 70 buah perpustakaan yang menyimpan 500 ribu manuskrip

3. Kesan Penemuan Sains dan Teknologi
a Mengubah cara hidup dan status umat Islam
b Umat Islam hidup lebih maju daripada umat lain yang telah menguasai bidang sains dan teknologi sebelum ini, contohnya Rom dan Parsi
c Umat Islam dipandang tinggi dan disegani sehingga ramai orang bukan Islam yang tertarik untuk memeluk Islam.

4. Kepentingan Menguasai Ilmu Sains dan Teknologi
a Hari ini sains dan teknologi semakin mendominasi kehidupan manusia, sekiranya ketinggalan kita akan terkeluar dari arus perdana
b Untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam dahulu, umat Islam hari ini perlu menguasai kecanggihan sains dan teknologi yang diadun mengikut Syariat
c Untuk menjadi umat Islam yang maju sama ada dari aspek spiritual atau material, mereka perlu mengintegrasikan ilmu fardu ain dan fardu kifayah

Ahad, 26 Januari 2014

NABI MUHAMAD S.A.W UTUSAN ALLAH

Intisari ayat

1. Allah mengutus rasul dari kalangan manusia
2. Rasul amat mengambil berat terhadap umatnya
3. Rasul sangat mengasihi orang yang beriman dan sentiasa berdoa kepada Allah

Mengapa manusia perlukan rasul
1. Akal manusia terbatas tidak dapat mengetahui perkara-perkara yang tidak mampu difikirkan oleh pemirikan mereka
2. Akal manusia tidak mengetahui perkara-perkara ghaib tanpa keterangan wahyu Allah
3. Akal manusia tidak mampu mebezakan perkara-perkara baik dan sebaliknya tanpa bimbingan wahyu dari Allah

Hikmah diutuskan Rasul dikalangan manusia
1. Membuktikan bahawa syariat islam mampu dilaksanakan oleh manusia
2. Memudahkan manusia menerima seruan yang disampaikan
3. Memudahkan manusia mencontohi Rasulullah s.a.w.
4. Memudahkan manusia berkomunikasi dengan Rasulullah s.a.w.

Kasih sayang Rasul kepada umatnya
1. Mendoakan kesejahteraan umatnya
2. Memaafkan kaumnya
3. Mendoakan golongan yang menentangnya supaya diberi hidayah oleh Allah
4. Mengambil berat masaalah yang berlaku dikalangan umatnya
5. Memberi syafaat di hari kiamat

Cara mengasihi Rasulullah
1. Percaya dan patuhi ajarannya
2. Amalkan sunnah baginda
3. Berselawat ke atas baginda
4. Contohi akhlak baginda
5. Amar makruf dan nahi mungkar

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH
1. Berilmu
2. Sabar dan redha
3. Yakin dengan pertolongan Allah
4. Berakhlak mulia
5. Tawakkal

Pengertian tawakkal
 Berserah kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh

Hikmah tawakkal
1. Meneguhkan keimanan kerana yakin sesuatu itu penentunya adalah dari Allah
2. Dapat menambahkan keyakinan terhadap perkara yang dilakukan
3. Dapat menanam sifat sabar dan tekun dalam diri
4. Tidak mudah putus asa dan kecewa
5. Menjadikan seseorang itu rajin dan bersungguh-sungguh

Pengajaran ayat
1.  Kita hendaklah Mengamalkan sunnah Baginda s.a.w. dalam kehidupan agar kita mendapat syafaat Baginda di
      akhirat kelak.
2. Kita hendaklah Berusaha dan bertawakkal kepada Allah kerana ianya asas kejayaan dalam berdakwah
 
TONTON FILEM (MUHAMMAD : THE LAST PROPHET)
http://youtu.be/GqFjgzOfmU0

Selasa, 21 Januari 2014

LAMBAIAN KAABAH

13.  Lambaian Kaabah
 
13.1.                    Kewajipan Haji Dan Umrah
 
13.1.1.  Pengertian Haji Dan Umrah
13.1.1.1.        haji dari segi bahasa bermaksud mengunjungi tempat yang mulia.
13.1.1.2.        dari segi istilah syarak haji bermaksud mengunjungi Baitullah Haram di Makkah kerana mengerjakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat tertentu
13.1.1.3.        umrah dari segi bahasa ialah ziarah
13.1.1.4.        umrah dari segi istilah syarak ialah menziarahi Baitullah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat tertentu
 
13.1.2.  Upah Haji
13.1.2.1.        upah haji bermaksud melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain
13.1.2.2.        hukumnya harus sekiranya seseorang memenuhi syarat-syarat wajib menunaikan haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana sebab-sebab tertentu
13.1.2.3.        Sebab Diharus Upah Haji
13.1.2.3.1.  meninggal dunia
13.1.2.3.2.  tidak berkeupayaan fizikal seperti uzur, terlalu tua dan sakit yang tiada harapan untuk sembuh
13.1.2.4.        Hikmah Upah Haji
13.1.2.4.1.  memberi peluang kepada orang sakit atau orang tua yang terlalu uzur menyempurnakan haji
13.1.2.4.2.  anak atau ahli keluarga dapat berbakti kepada ibu bapa atau saudara maranya
13.1.2.4.3.  orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
 
13.1.3.  Hikmah Haji
13.1.3.1.        Terhadap Individu
13.1.3.1.1.  menghapuskan dosa-dosa kecil
13.1.3.1.2.  membersihkan jiwa dari maksiat
13.1.3.1.3.  meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
13.1.3.1.4.  malatih diri bersifat sabar
13.1.3.2.        Terhadap Masyarakat
13.1.3.2.1.  dapat saling berkenalan sesama umat Islam
13.1.3.2.2.  membantu mempertingkat ekonomi umat Islam
13.1.3.2.3.  menjalinkan silaturahim dan membentuk perpaduan di kalangan umat
13.1.3.2.4.  menyatukan umat tanpa kira bangsa dari seluruh dunia
 
 
video Haji & Umrah
 

Selasa, 14 Januari 2014

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

1.       Menjelaskan maksud ahli sunnah wal-jamaah
a.       Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah rasul dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menetang perkara bida'ah.
b.       Nama lain ; ahlu sunnah ,al-jamaah, as-salaf as-soleh, ahlul hadis.
 
2.       Menerangkan kemunculan nama ahli sunnah wal-jamaah
a.       Muncul setelah berlaku perpecahan dikalangan umat islam.
b.       Nama Ahli sunnah wal wajamaah dimasyhurkan oleh abu hasan al-asy'ari dan abu mansur al-maturidi
c.       Ia adalah gabungan perkataan ahlu, as-sunnah dan asl-jamaah
d.       Dinamakan ahli as-sunnah kerana
                                                  i.      mereka menerima dan beramal dengan sunnah rasulullah
e.       Dinamakan al-jamaah kerana mereka
                                                  i.      berkumpul diatas kebenaran dan
                                                ii.      bersatu berjihad melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta
                                               iii.      menghidupkan sunnah dan
                                               iv.      menentang perkara bid'ah
 
3.       Menyenarai prinsip-prinsip akidah ahli sunnah wal-jamaah
a.       Berpegang teguh dengan al-quran dan as-sunnah
b.       Berpegang dengan prinsip as-salaf as-soleh
c.       Jika terdapat perselisihan pandangan, mereka merujuk kepada al-quran dan as-sunnah
d.       Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka
e.       Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih
 
4.       Menghurai pandangan ahli sunnah wal-jamaah terhadap beberapa isu
a.       Al-quran bukan makhluk
                                                  i.      Mereka yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk iaitu bersifat baru.
b.       Melihat allah
                                                  i.      Menurut ahli sunnah wal jamaah orang mukmin dapat melihat allah di syurga pada hari qiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-quran dan hadis sahih
c.       Pelaku dosa besar
                                                  i.      Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerena imannya masih ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar
d.       Iman bertambah dan berkurang
                                                  i.      Ahli sunnah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang
                                                ii.      Ia bertambah dengan amalan seperti solat dan zikir
                                               iii.      Ia boleh berkurang apabila seseorang melakukan maksiat atau kejahatan seperti mencuri dan menipu
 
5.       Menghurai kepentingan berpegang dengan akidah ahli sunnah wal-jamaah
a.       Dapat membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan
                                                  i.      Ini kerana akidah mereka berdasarkan kepada sumber yang sahih iaitu al-quran dan as-sunnah
b.       Asas kepada penerimaan sesuatu amalan
                                                  i.      Kerana amalan seseorang hanya diterima jika bersandarkan akidah yang betul
c.       Hidup diredhai allah kerana berada dijalan yang benar
 

Khamis, 9 Januari 2014

Bab 1 Manusia Perlu Bersyukur
 
1.      Manusia Perlu Bersyukur
1.1.   Intisari ayat
1.1.1.      Allah beri peringatan kepada musyrikin Mekah mengambil pengajaran terhadap kaum terdahulu yang dibinasakan Allah kerana tidak bersyukur nikmat-Nya, bahkan melakukan kemungkaran dan kekufuran. Mereka menerima azab yang sangat pedih.
 
1.2.    Mensyukuri nikmat Allah
1.2.1.      Allah menyediakan pelbagai kemudahan dan nikmat tidak terhingga.
1.2.2.      Nikmat kurniaan Allah:
1.2.2.1. iman
1.2.2.2. Islam
1.2.2.3. kesihatan tubuh badan
1.2.2.4. akal fikiran
 
1.2.3.      Cara bersyukur dengan nikmat-Nya
Hati
Sentiasa ingat AllahMerendah diri terhadap kekuasaan-Nya
Lidah
Ucap AlhamdulillahBaca al-Quran, zikir, tasbih
Anggota badan
Guna nikmat ke arah kebaikan
 
1.3.   Kemusnahan kaum ‘Ad, Thamud, Lut
1.3.1.      Kaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman mewah tetapi mereka kufur dan tolak ajaran Nabi Hus a.s. Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting beliung memusnahkan diri dan harta
1.3.2.      Kaum Tahmud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi mereka angkuh, tidak beriman dan tuduh Nabi Soleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumi
1.3.3.      Kaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan amalkan homaseks. Mereka binasa dengan diterbalikkan negeri mereka
 
1.4.    Manusia sebagai khalifah Allah
1.4.1.      tugas manusia sebagai khalifah
1.4.1.1. beribadat kepada-Nya
1.4.1.2. menegakkan agama
1.4.1.3. amar makruf nahi mungkar
1.4.1.4. membangun dan mengurus alam dengan baik berdasar syariat
 
1.5.   Pengajaran ayat
1.5.1.        Kita mestilah bersyukur  dengan nikmat Allah agar hidup  
              sentiasa  diberkatiNya
1.5.2.         Kita janganlah melanggar perintah Allah supaya tidak diturunkan
              azab yang pedih.