Selasa, 14 Januari 2014

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

1.       Menjelaskan maksud ahli sunnah wal-jamaah
a.       Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah rasul dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menetang perkara bida'ah.
b.       Nama lain ; ahlu sunnah ,al-jamaah, as-salaf as-soleh, ahlul hadis.
 
2.       Menerangkan kemunculan nama ahli sunnah wal-jamaah
a.       Muncul setelah berlaku perpecahan dikalangan umat islam.
b.       Nama Ahli sunnah wal wajamaah dimasyhurkan oleh abu hasan al-asy'ari dan abu mansur al-maturidi
c.       Ia adalah gabungan perkataan ahlu, as-sunnah dan asl-jamaah
d.       Dinamakan ahli as-sunnah kerana
                                                  i.      mereka menerima dan beramal dengan sunnah rasulullah
e.       Dinamakan al-jamaah kerana mereka
                                                  i.      berkumpul diatas kebenaran dan
                                                ii.      bersatu berjihad melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta
                                               iii.      menghidupkan sunnah dan
                                               iv.      menentang perkara bid'ah
 
3.       Menyenarai prinsip-prinsip akidah ahli sunnah wal-jamaah
a.       Berpegang teguh dengan al-quran dan as-sunnah
b.       Berpegang dengan prinsip as-salaf as-soleh
c.       Jika terdapat perselisihan pandangan, mereka merujuk kepada al-quran dan as-sunnah
d.       Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka
e.       Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih
 
4.       Menghurai pandangan ahli sunnah wal-jamaah terhadap beberapa isu
a.       Al-quran bukan makhluk
                                                  i.      Mereka yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk iaitu bersifat baru.
b.       Melihat allah
                                                  i.      Menurut ahli sunnah wal jamaah orang mukmin dapat melihat allah di syurga pada hari qiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-quran dan hadis sahih
c.       Pelaku dosa besar
                                                  i.      Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerena imannya masih ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar
d.       Iman bertambah dan berkurang
                                                  i.      Ahli sunnah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang
                                                ii.      Ia bertambah dengan amalan seperti solat dan zikir
                                               iii.      Ia boleh berkurang apabila seseorang melakukan maksiat atau kejahatan seperti mencuri dan menipu
 
5.       Menghurai kepentingan berpegang dengan akidah ahli sunnah wal-jamaah
a.       Dapat membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan
                                                  i.      Ini kerana akidah mereka berdasarkan kepada sumber yang sahih iaitu al-quran dan as-sunnah
b.       Asas kepada penerimaan sesuatu amalan
                                                  i.      Kerana amalan seseorang hanya diterima jika bersandarkan akidah yang betul
c.       Hidup diredhai allah kerana berada dijalan yang benar
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan