Selasa, 21 Januari 2014

LAMBAIAN KAABAH

13.  Lambaian Kaabah
 
13.1.                    Kewajipan Haji Dan Umrah
 
13.1.1.  Pengertian Haji Dan Umrah
13.1.1.1.        haji dari segi bahasa bermaksud mengunjungi tempat yang mulia.
13.1.1.2.        dari segi istilah syarak haji bermaksud mengunjungi Baitullah Haram di Makkah kerana mengerjakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat tertentu
13.1.1.3.        umrah dari segi bahasa ialah ziarah
13.1.1.4.        umrah dari segi istilah syarak ialah menziarahi Baitullah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat tertentu
 
13.1.2.  Upah Haji
13.1.2.1.        upah haji bermaksud melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain
13.1.2.2.        hukumnya harus sekiranya seseorang memenuhi syarat-syarat wajib menunaikan haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana sebab-sebab tertentu
13.1.2.3.        Sebab Diharus Upah Haji
13.1.2.3.1.  meninggal dunia
13.1.2.3.2.  tidak berkeupayaan fizikal seperti uzur, terlalu tua dan sakit yang tiada harapan untuk sembuh
13.1.2.4.        Hikmah Upah Haji
13.1.2.4.1.  memberi peluang kepada orang sakit atau orang tua yang terlalu uzur menyempurnakan haji
13.1.2.4.2.  anak atau ahli keluarga dapat berbakti kepada ibu bapa atau saudara maranya
13.1.2.4.3.  orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
 
13.1.3.  Hikmah Haji
13.1.3.1.        Terhadap Individu
13.1.3.1.1.  menghapuskan dosa-dosa kecil
13.1.3.1.2.  membersihkan jiwa dari maksiat
13.1.3.1.3.  meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
13.1.3.1.4.  malatih diri bersifat sabar
13.1.3.2.        Terhadap Masyarakat
13.1.3.2.1.  dapat saling berkenalan sesama umat Islam
13.1.3.2.2.  membantu mempertingkat ekonomi umat Islam
13.1.3.2.3.  menjalinkan silaturahim dan membentuk perpaduan di kalangan umat
13.1.3.2.4.  menyatukan umat tanpa kira bangsa dari seluruh dunia
 
 
video Haji & Umrah
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan