Selasa, 17 September 2013

Adab Menziarahi Jenazah



ADAB MENZIARAHI JENAZAH

1. Adab menziarahi jenazah
a. Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah
b. Menunaikan solat jenazah
c. Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian
d. Melahirkan perasaan dukacita kepada waris
e. Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah
f. Mengingatkan supaya bersabar atas ujian Allah
g. Mengucapkan takziah tidak melebihi 3 hari
h. Membanyakkan membaca al-Qur’an dan berdoa sebelum jenazah dikebumikan

2. Perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah
a. Merasa kesal , meratap/meraung
b. Membebankan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu
c. Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah (mengumpat atau bergurau senda)
d. Tidak redha dengan taqdir Allah
# haram meratap/meraung-raung serta merobek-robekkan pakaian, kerana perbuatan ini boleh menyiksa diri mayat dalam kubur.

3. Hikmah menziarahi jenazah
d. Dapat mengeratkan silaturahim dengan keluarga jenazah
e. Mengurangkan tekanan emosi keluarga yang kehilangan ahlinya
f. Memberi keinsafan – kematian adalah sebahagian daripada qadak Allah yang perlu diterima
g. Dapat menunaikan hak sebagai seorang muslim ke atas muslim lain


http://youtu.be/OYx7q6W4PEE

http://youtu.be/wzV7E6TPabc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan