Isnin, 30 September 2013

NASIHAT LUQMAN AL HAKIM

Bab 7 Nasihat Luqman Al-Hakim
Bab 7 Nasihat Luqman Al-Hakim
 
7.      Nasihat Luqman Al-Hakim
 
7.1.   Intisari Ayat
7.1.1.      Luqman menasihati anaknya supaya bersyukur kepada Allah, tidak mensyirikkan Allah, berbakti kepada kedua ibu bapa, mendirikan solat, melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tidak bersikap sombong dan bersopan ketika berjln. Segala amalan baik dan jahat akan dibalas di akhirat kelak
 
7.2.   Huraian Ayat
7.2.1.      Luqman ialah hamba Allah yang solah lagi bertaqwa
7.2.2.      beliau dianugerahkan pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman agama yang mendalam, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi
7.2.3.      beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau. Kisahnya menjadi pengajaran dan teladan kepada manusia
7.2.4.      nasihat Luqman kepada anaknya
7.2.4.1.jgn meakukan syirik
7.2.4.2.berbuat baik kepada kedua ibu bapa
7.2.4.3.bersabar terhadap bala bencana
7.2.4.4.jgn bersombong
7.2.4.5.melakukan kebaikan dan cegah kemungkaran
7.2.4.6.menunaikan solat
 
7.3.   Tidak Melakukan Syirik
7.3.1.      syirik ialah menyekutukan Allah atau menyamakan Allah dengan yang lain sama ada dari segi zat, sifat atau perbuatan-Nya
7.3.2.      syirik termasuk dosa besar. Orang yang syirik terbatal iman, ibadat tidak diterima dan mendapat balasan neraka
7.3.3.      bahagian syirik
7.3.3.1.syirik jali: syirik terang-terangan seperti sembah berhala, sembah pokok dan puja kubur
7.3.3.2.syirik khafi: syirik tersembunyi (tidak nampak) seperti percaya kepada azimat, tangkal, riak dan takbur
 
7.4.   Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa
7.4.1.      sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa
7.4.1.1.ibu bersusah payah mengandungkan anaknya
7.4.1.2.ibu bapa menjaga anaknya hingga dewasa dengan penuh kasih sayang
7.4.1.3.bapa cari nafkah untuk anak
7.4.1.4.sanggup bersusah payah demi kebaikan anak
7.4.2.       contoh beradab dengan ibu bapa
7.4.2.1.merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka
7.4.2.2.dengar nasihat mereka
7.4.2.3.mematuhi perintah mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
7.4.2.4.sentiasa menggembirakan mereka
7.4.3.      orang yang buat baik kepada ibu bapa akan dapat balasan baik di dunia dan di akhirat manakala orang derhaka akan dapat azab di akhirat
 
7.5.   Menunaikan Kebaikan
7.5.1.      setiap mukmin bertanggungjawab menyeru orang lain kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran
7.5.2.      bersyukur dan berterima kasih adalah amalan mulia dan kita hendaklah berterima kasih kepada Allah dan manusia
 
7.6.   Tegahan Bersifat Sombong
7.6.1.      Islam perintahkan kita tegur sapa dan tunjuk wajah manis serta lihat muka ketika berbicara dengan orang lain
7.6.2.      kita erlu berbicara dengan lembut dan berhemah agar pendengar memahami jelas dan menerima dengan hati terbuka
 
7.7.   Sabar Menghadapi Bencana
7.7.1.      kepentingan sabar
7.7.1.1.memperoleh kejayan kerana tidak berputus asa
7.7.1.2.reda hadapi dugaan dan ujian Allah
7.7.1.3.melakukan pekerjaan dengan cermat dan bersungguh-sungguh
7.7.1.4.tidak mudah dihasut syaitan
 
7.8.   Pengajaran Ayat
7.8.1.      Allah jadikan kisah Luqman sebagai panduan hidup bagi seluruh umat manusia
7.8.2.      Islam memberi penghormatan tinggi kepada kedua ibu bapa
7.8.3.      umat Islam hendaklah beradab sopan dan berbudi bahasa dalam pergaulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan