Ahad, 22 September 2013

UJIAN YANG DILALUI OLEH AL IMAM AHMAD IBN HANBAL

Khalifah al-Ma'mun ibn Harun ar-Rashid, dipengaruhi oleh fahaman Mu'tazilah yang banyak memesong daripada fahaman tradisional Islam. Ketika itu, Khalifah dipengaruhi oleh kumpulan Mu'tazilah yang mempersoalkan asal usul tauhid dan berpegang kepada fahaman bahawa Al-Quran adalah ciptaan manusia dan tidak kekal abadi.
Kumpulan Mutazilah ini mendapat sokongan dan naungan Khalifah al-Ma'mun. Pihak Mutazilah melancarkan Mihna untuk menyaring ulama yang enggan berpegang kepada fahaman yang dibawa oleh kumpulan Mutazalis. Semasa Mihna, ulama Islam diuji untuk menentukan pegangan mereka mengenai pentafsiran dalam perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam.
Ramai ulama yang bertukar pendirian apabila disuruh oleh Khalifah al-Ma'mun dan memberikan persetujuan kepada pentafsiran Islam supaya bersesuaian dengan fahaman Mutazilah. Pendirian Imam Ahmad bin Hanbal diuji semasa pemerintahan Khalifah al-Ma'mun dan Khalifah al-Mu'tasim. Imam Ahmad bin Hanbal berkeras enggan memberikan persetujuan kepada fahaman yang dibawa oleh Mutazalis.
Khalifah al-Ma'mun menghukum sebatan ke atas Ahmad bin Hanbal. Dia dipenjarakan selama 30 bulan dan dipukul teruk. Khalifah al-Ma'mun memerintahkan Imam Ahmad bin Hanbal dipenjarakan, tetapi khalifah tersebut meninggal dunia tidak lama selepas mengeluarkan perintah itu. Dia digantikan dengan khalifah Al-Mu'tasim yang juga berpegang kepada fahaman Mutazilah. Khalifah Al-Mu'tasim bertanya sama ada Imam Ahmad bin Hanbal sudah bertukar pendirian dan menyokong fahaman Mutazilah. Imam Ahmad bin Hanbal masih enggan mengikut fahaman tersebut dan diberikan balasan hukuman sebat dan dipenjarakan. Imam Ahmad bin Hanbal hanya dilepaskan setelah dua tahun selepas itu. Tetapi beliau ditegah mengajar dan menyebarkan ilmu Allah. Tegahan ini kekal sehingga pemerintahan Khalifah al=Wathiq. Tetapi Imam Ahmad bin Hanbal tetap dengan pegangan beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan